Wednesday, 11 September 2013


Skuad bimbingan Ong Kim Swee mengesahkan slot ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 selepas berjaya menewaskan Myanmar dengan jaringan 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Isnin malam 9 September
Meskipun berbaki satu lagi perlawanan dalam saingan, dengan kemenangan kedua berturut-turut itu membolehkan Harimau Muda menduduki tangga teratas dengan enam mata sekali gus ke final pada 14 September ini
Mengenai perlawanan menentang Myanmar, skuad Harimau Muda terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan oleh pihak lawan menerusi tandukan Nay Lin Tun di minit ke-38
Sebelum itu, jentera serangan skuad negara mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun digagalkan oleh barisan pertahanan Myanmar
Peluang terbaik Harimau Muda hadir menerusi Wan Zack pada minit ke-20, namun sepakan percumanya sekadar menggegar palang Myanmar
Gol yang dicari-cari Harimau Muda akhirnya tercipta pada minit ke-64 apabila kapten, Mohd. Irfan Fazail bijak menyudahkan hantaran Putera hasil sepakan percuma yang diambil Wan Zack
Wan Zack Haikal yang beraksi cemerlang mengesahkan kemenangan Harimau Muda menerusi sepakan percuma yang cukup menarik pada minit ke-78

0 comments:

Post a Comment